Dalam tempoh ini, Jajahan Bachok kini mulai pesat membangun. Banyak projek-projek pembangunan telah dilaksanakan seperti pembinaan pejabat kerajaan, sekolah dan rumah kediaman persendirian. Di samping itu penglibatan sektor swasta juga turut menceriakan arus pembangunan. Jajahan Bachok melalui projek perumahan dan bangunan perniagaan samada melalui usahasama dengan Majlis Daerah Bachok dan persendirian.
Gunatanah Semasa Jajahan Bachok
Komposisi Gunatanah bagi jajahan bachok:
15% gunatanah telah dimajukan untuk pembangunan.
37.1% gunatanah berhalangan (tanaman padi, rezab hutan & badan air).
- 47.9% gunatanah berpotensi untuk pembangunan masa hadapan (Tanah Pertanian, bekas lombong, tanah kosong/belukar).
- Kawasan tepu bina Bachok tertumpu di kawasan:
- Pusat Jajahan - Bandar Bachok.
- Pusat tumpuan - Pekan Jelawat.