Lokasi Dan Geografi | Profil Jajahan
Pembangunan | Sejarah Dan Legenda
Dalam tempoh ini, Jajahan Bachok kini mulai pesat membangun. Banyak projek-projek pembangunan telah dilaksanakan seperti pembinaan pejabat kerajaan, sekolah dan rumah kediaman persendirian. Di samping itu penglibatan sektor swasta juga turut menceriakan arus pembangunan. Jajahan Bachok melalui projek perumahan dan bangunan perniagaan samada melalui usahasama dengan Majlis Daerah Bachok dan persendirian.
Gunatanah Semasa Jajahan Bachok
Komposisi Gunatanah bagi jajahan bachok:
15% gunatanah telah dimajukan untuk pembangunan.
37.1% gunatanah berhalangan (tanaman padi, rezab hutan & badan air).
- 47.9% gunatanah berpotensi untuk pembangunan masa hadapan (Tanah Pertanian, bekas lombong, tanah kosong/belukar).
- Kawasan tepu bina Bachok tertumpu di kawasan:
- Pusat Jajahan - Bandar Bachok.
- Pusat tumpuan - Pekan Jelawat.
Halatuju Pembangunan Jajahan Bachok Berpotensi sebagai :
Pusat Kecemerlangan Modal Insan.
Pusat Pengeluar Sumber Gas.
Pusat Pelancongan Pesisir Pantai.
Pusat Perkhidmatan.
Pusat Latihan Dan Kemahiran.
Kekuatan Jajahan Bachok:
Bachok kaya dengan sumber kawasan pantai yang mampu dibangunkan bagi industri pelancongan.
Masih terdapat tanah yang berpotensi untuk dimajukan di masa hadapan yang melibatkan tanah pertanian dan tanah kosong.
Projek pembangunan yang komited akan menjadi pemangkin kepada kewujudan perkhidmatan lain yang berkaitan.
Laluan jalan pesisiran pantai akan membantu aksessibiliti kepada sumber jajahan.
Hampir separuh jajahan Bachok termasuk dalam kawasan konurbasi kota bharu.