Bahagian Khidmat Pengurusan | Bahagian Perancangan Dan Bangunan | Bahagian
Perbendaharaan | Bahagian Penilaian Dan Pengurusan Harta | Bahagian Undang-Undang |
Bahagian Pembangunan Dan Kejuruteraan | Bahagian Perlesenan Dan Kesihatan Awam | Unit
Pusat Setempat (OSC)
Fungsi
- Menyelaras dan memantau permohonan cadangan permohonan-permohonan lain yang diterima oleh Pusat Setempat.
- Memaklumkan keputusan kelulusan permohonan cadangan pemajuan kepada pemohon.
- Membuat perakuan permohonan perihak tanah kepada Pejabat Tanah.
- Menyediakan pelaporan berkala.
Aktiviti
- Menerima dan menyemak permohonan cadangan pemajuan iaitu permohonan perihal tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah dan pelan-pelan lain yang berkaitan daripada pemohon.
- Meneliti permohonan yang diterima memenuhi kehendak asas atau syarat-syarat yang ditetapkan.
- Membuat edaran dokumen-dokumen cadangan pemajuan kepada jabatan-jabatan yang berkenaan untuk diproses dan jabatan/agensi teknikal yang berkenaan untuk ulasan dan pandangan.
- Memantau permohonan-permohonan yang telah diedar kepada jabatan/agensi teknikal.
- Memaklumkan kepada Jawatankuasa Pusat Setempat mengenai permohonan yang diterima.
- Mendapatkan maklum balas lanjut daripada jabatan/agensi teknikal, sekiranya terdapat isu dan masalah.
- Mengumpul dan menyelaras kertas perakuan yang disediakan oleh Jabatan Perancang, Bangunan dan Jabatan Kejuruteraan untuk diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat.
- Mengedarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat terhadap kelulusan kebenaran merancang dan pelan pra-perhitungan kepada Pentadbir Tanah bagi permohonan perihal tanah di bawah Kanun Tanah Negara.
- Bertindak sebagai urusetia mesyuarat yang menetapkan tarikh dan memastikan mesyuarat diadakan 2 kali sebulan dan menyediakan minit mesyuarat serta maklumbalas untuk edaran.
- Mengumpul kertas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat untuk dimaklumkan ke Mesyuarat Majlis Penuh PBT.
- Mengedarkan keputusan rasmi kepada pemohon, pembantah dan jabatan/agensi teknikal.
[kembali]