Majlis Penerimaan Watikah Perlantikan Dan Seminar Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan telah diadakan pada 24 Januari 2011 bersamaan 19 Safar 1432 H bertempat di Kelantan Trade Centre (KTC). Watikah ini telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob. Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam pula telah diadakan pada 01 Februari 2011 (Selasa) bersamaan 27 Safar 1432H bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Majlis Daerah Bachok.

