<a href="">MD Bachok Flash Banner"</a>
Kandungan Jurnal Carian
Arkib


Sumber : Buletin Darulnaim

Bachok diisytiharkan 'Bandar Pelancongan Islam'

BACHOK - Bermula tahun 2005 Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) telah diisytiharkan sebagai MPKB Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), seterusnya diikuti dengan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam dan kini Bandar Bachok telah diisytiharkan sebagai Bandar Pelancongan Islam.

Pengisytiharan Bandar Pelancongan Islam telah disempurnakan YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tuan Guru juga turut merasmikan Pesta Pantai Irama yang telah bermula 2 hingga 18 Jun 20l1 lalu yang merupakan acara tahunan sejak tahun 2008.

Di antara pengisian sepanjang pesta ialah pertandingan lumba kayak, bot laju, perahu sekoci, sepak raga, dam, konsert hiburan Islam, rebana Cina, tarian singa, pidato remaja, acara kanak-kanak dan tradisional termasuk pertandingan memancing Pesta Pantai Irama 2011.

Tuan Guru dalam ucapan perasmiannya berkata, kerajaan negeri Kelantan berhasrat menjadikan Islam sebagai teras dalam apa jua aktiviti pembangunan termasuk aspek pelancongan.

Katanya, pelancongan merupakan ajaran Islam dan merupakan satu perintah daripada Allah SWT. Allah SWT telah memerintahkan kepada umat Islam agar berjalan dan mengembara di muka bumi untuk melihat ciptaan Allah SWT di merata tempat di seluruh dunia.

Halaman: 1  2  3