Saiz Teks    Warna Teks    Mendengar Teks  
           Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman 
 
Rancangan Tempatan Jajahan Bachok 2007-2015


1.0  PENDAHULUAN

1.1    Tujuan

Asas Rujukan Rancangan Tempatan Jajahan Bachok di sediakan untuk di jadikan panduan kepada Majlis Daerah Bachok (MDB) dan Pasukan Kajian  bagi penyediaan Rancangan Tempatan Jajahan Bachok (RTJ Bachok) hingga tahun 2015. Kajian ini meliputi keseluruhan Jajahan Bachok di bawah pentadbiran MDB. Penyediaan RTJ Bachok dijalankan mengikut ketetapan perundangan yang terkandung dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). 

Asas rujukan ini menerangkan keperluan penyediaan RTJ Bachok, isu-su berbangkit, rumusan dasar-dasar Rancangan Struktur Negeri, wawasan pembangunan kawasan rancangan tempatan, matlamat dan objektif rancangan tempatan, bidang dan skop kajian, hasil kajian, struktur organisasi, program kerja serta implikasi dan peruntukan kajian yang dijangkakan bagi menyediakan rancangan tempatan ini.
 
1.2    Definisi Rancangan Tempatan

RTJ Bachok merupakan satu dokumen perancangan yang menyatakan semua cadangan pembangunan guna tanah dan fizikal secara terperinci bagi seluruh jajahan menjelang tahun 2015. Ia disediakan di bawah peruntukan Seksyen 12 Akta Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 1976 (Akta 172).

Seksyen 12(1)

Pihak berkuasa perancang tempatan, semasa suatu draf rancangan struktur sedang disediakan, atau sebelum Pihak Berkuasa Negeri memberikan persetujuan tentang suatu draf rancangan struktur  yang telah disediakan, boleh jika difikirkannya wajar menyediakan suatu draf rancangan tempatan bagi mana-mana bahagian kawasannya.

Seksyen 12(2)
Jika suatu rancangan struktur bagi Negerinya telah berkuatkuasa, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah dengan seberapa segera yang praktik menyediakan suatu draf rancangan tempatan bagi seluruh kawasannya.

1.3    Kandungan Rancangan Tempatan

Berdasarkan Seksyen 12 Akta 172, sesuatu draf rancangan tempatan mengandungi apa-apa perincian yang difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa perancang tempatan mengenai cadangannya bagi :

  1. Memajukan.
  2. Menggunakan tanah dalam.
  3. Melindungi dan memperelok alam sekitar dari segi fizikal bagi.
  4. Memelihara topografi semulajadi.
  5. Memperelok lanskap.
  6. Memelihara dan menanam pokok.
  7. Mengadakan tanah lapang dalam.
  8. Memelihara dan mengindahkan ciri dan rupa bangunan dalam.
  9. Memperbaiki sistem komunikasi dalam.
  10. Mengendalikan lalulintas dalam.

Kawasan rancangan tempatan
Atas dasar di atas maka rancangan tempatan yang di hasilkan adalah satu laporan yang meliputi perkara-perkara berikut:

  1. Peta cadangan.
  2. Pernyataan bertulis.
  3. Pelan subjek dan pelan sisipan.
  4. Jadual kelas kegunaan tanah.
  5. Garis panduan pembangunan.

Tambahan

  1. Maklumat Geographic Information System (GIS).
  2. Manual Penggunaan GIS.
  3. Exercutive Information System untuk kegunaan pihak berkuasa tempatan.

Halaman: 1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  

Kalendar
<< < 31 Julai 2010 > >>
Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31 1
Lagi peristiwa bulan ini
 
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   MAMPU   KPKT   Multimedia Super Corridor Malaysia   Kelantan Tourism Information Centre   MDEC   MyID   MyIdeas   SUK   RSS