Proses kerja sebutharga pembinaan
Peraturan Dalam Mengeluarkan Tender dan Sebutharga Kerja-kerja Pembinaan.
Setiap kerja pembinaan yang melebihi nilai RM20,000.00 dan kurang dari RM100,000.00 akan dibuat iklan tawaran di papan kenyataan Majlis.
Bagi kerja-kerja pembinaan yang bernilai kurang dari RM20,000.00 akan ditawarkan secara indent. Iklan Tawaran Kerja Pembinaan akan ditampal di papan kenyataan selama tidak kurang dari satu minggu dari tarikh Lawatan Tapak.
Pihak kontraktor diwajibkan mendaftar dengan PKK (Pusat Khidmat Kontraktor) dan CIDB (Lembaga Industri Pembangunan Pembinaan Malaysia) sebelum memasuki tawaran kerja di Majlis.
Kontraktor juga diwajib mendaftar dengan pihak Majlis bagi tahun semasa sebelum membuat tawaran kerja pembinaan
Proses Kerja Bagi Mengeluar Sebutharga Pembinaan.
Perkara | Tindakan |
Terima Waran/peruntukan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) | Pem. Teknik |
Menyemak peruntukan yang melebihi RM20 000.00 untuk dibuat tawaran kerja(sebutharga). | Pem. Teknik |
Menyedia Spesifikasi kerja dan pelan-pelan bagi kerja yang berkaitan. | Pem. Teknik |
Menyerahkan kepada setiausaha borang Kew.284(borang sebutharga) bagi ditandatangani. | Setiausaha/Pem. Teknik |
Menyiapkan kertas iklan tawaran yang diserahkan kepada setiausaha untuk ditandatangani | Setiausaha/Pem. Teknik |