MALAYSIAN URBAN INDICATORS NETWORK (MURNI.net)
MURNI.net merupakan pendekatan yang dapat mengukur serta menilai kemampanan sesebuah bandar dan kawasan gabungannya melalui penggunaan Petunjuk-Petunjuk Bandar.
Definisi Pembangunan Mampan
Mengikut Laporan “Our Common Future’ yang diterbitkan oleh ‘The World Commission on Environment and Development’ (WCED), 1987, pembangunan mapan adalah ‘pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka’.
Definisi Pembangunan Bandar Mampan MURNInet
Pembangunan Bandar dan Kawasan Gabungannya yang diukur menggunakan Petunjuk Bandar Malaysia dan mencapai tahap minima kualiti Kemampanan Bandar (>80%).
Kepentingan Pelaksanaan Petunjuk Bandar Sejahtera
- Sesebuah bandar akan mempunyai maklumat asas petunjuk bandar sejahtera.
- Boleh mengenalpasti bentuk dan dapat mengukur tahap masalah dan tahap kualiti Bandar.
- Dapat membuat tindakan kepada perkara yang mewakili petunjuk yang kurang sejahtera.
- Maklumat asas dapat disimpan secara bersistematik dan boleh digunakan oleh pengurusan dalam proses membuat keputusan dan pemantauan.
- Laporan Bandar Sejahtera, mengemukakan penemuan-penemuan kualiti bandar sejahtera.