MENU

Aktiviti Pelancongan

Jajahan Bachok telah dianugerahkan 2 lokasi pantai yang menarik iaitu Pantai Irama & Pantai Melawi. Saban hari didapati bahawa semakin bertambah pelawat / pengunjung kedua-dua pantai tersebut.

Bergerak daripada asas inilah Jajahan ini telah mengambil inisiatif dengan menjadikan Jajahan Bachok terus kekal sebagai destinasi pelancongan dan sebagai Pusat Pelancongan bagi Jajahan Bachok.

Berasaskan ini juga Jajahan telah menggerakkan jentera untuk menceriakan pantai tersebut dengan mengadakan beberapa acara menarik untuk pengunjung yang datang ke Jajahan Bachok. Acara tersebut yang dirancang sepanjang tahun ialah :-

  • Sukan Rakyat

  • Larian Irama Bachok

  • Sambutan Ulang tahun Hari Keputeraan KDYMM Al-Sultan Peringkat Jajahan Bachok.

  • Lawatan Keberangkatan KDYMM Al-Sultan di Pondok Kandis.

  • Pertandingan Go-Kart peringkat negeri.