YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH BACHOK

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalammualaikum W.B.T dan salam sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA, bahawa laman web ini dapat disiapkan dan diperlengkapkan lagi dengan maklumat semasa yang dapat memberi manafaat dan sebagai pengkalan data bagi menyampaikan maklumat terkini dan tepat kepada masyarakat.Ianya juga merupakan sebagai pelengkap kepada mereliasasikan sistem penyampaian maklumat berkesan yang berasaskan berteraskan kepada matlamat kerajaan bagi memperkasakan dan mendekati masyarakat dengan garleri informasi bagi sesebuah jabatan.
Jesteru itu, laman web ini yang bertindak sbagai galeri informasi Majlis Daerah Bachok ini akan dikemaskini dan memperlengkapkan dengan maklumat semasa demi kepetingan besama. Laman Web ini dimuatkan dengan pelbagai data yang boleh memberi perspektif mengenai program dan halatuju Majlis .Saya berharap ianya akan dapat memberi manafaat berkesan sebagai input maklumat berhubung organisasi serta tanggungjawab dan peranan Majlis.
Penyediaan laman web ini menggambarkan keprihatinan Majlis kearah “e-Kerajaan” dan saya amat berbesar hati bahawa laman web ini akan merentasi “Dunia Tanpa Sempadan” dan “Globalisasi” justeru menterjemahkan kemajuan teknologi maklumat dimanafaatkan dan menjadikan kita sebuah badan yang berinformasi.Saya berharap agar program ini dapat diterus dan diperlengkapkan merentasi perubahan zaman.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat dalam menjayakan laman web ini. Semoga kerjasama yang sedemikian akan berkekalan.
Sekian, terima kasih.
Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia Dan Akhirat,
Bertani Satu Ibadah,
Zulkifle Bin Ab. Rahman
Yang DiPertua,
Majlis Daerah Bachok,
Kelantan.