LOCAL AGENDA 21 ( LA21 )
Latar belakang local agenda 21 ( LA21) :
- Agenda 21 berasal dari persidangan Earth Summit di persidangan Rio de Janeiro, 1992
- Agenda 21 menekankan alam sekitar dan pembangunan yang seimbang dan mampan
- Merupakan program tindakan pembangunan mampan global dan angka " 21 " menandakan abad ke-21
- Ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia
- Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan dan bab 28 Agenda 21 bertajuk " Usaha Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) dalam menyokong agenda 21.
- LA 21 ialah suatu program untuk masyarakat , sector swasta dan PBT ( majlis bandaraya, majlis perbandaran, perbandaran, majlis daerah, majlis bandaran lembaga bandaran , majlis tempatan,lembaga luar Bandar) berkerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan.
- Melalui LA21 masyarakat tempatan boleh melibatkan diri untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing.
- Sebagai contoh, penduduk tempatan terlibat secara langsung mengenai perbincangan bengkel atau aktiviti berkaitan dengan isu-isu tempatan.
- Antara contoh isu yang boleh dibangkitkan adalah seperti isu banjir dan system perparitan, isu pencemaran alam sekitar , isu pengangkutan dan lalulintas , isu perumahan dan isu sosia dalam komuniti serta isu-isu lain.
APAKAH MANFAAT LA21
Sebagai individu
- Pendapat anda diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan program- program untuk meningkatkan kualiti hidup anda.
- PBT yang lebih peka dan berkesan kepada keperluan- keperluan anda.
- Alam sekitar yang lebih selesa dan kualiti hidup yang lebih tinggi
- Meningkatkan rasa bangga, cinta dan tanggungjawab kepada alam sekitar anda