PEKELILING & PANDUAN

ETIKA PAKAIAN DALAM ISLAM

Memahami Erti Sebenar Menutup Aurat

1. Aurat dan Hukumnya

  • Aurat pada bahasa : Keaiban
    Syarak : Bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup (daripada pandangan umum).

  • Aurat lelaki ialah bahagian di antara pusat dan lutut, Aurat wanita ialah seluruh tubuhnya melainkan muka dan dua tapak tangan.
  • Batas-batas aurat lelaki dan wanita adalah berbeza mengikut keadaan dan ternpat

  • Kewajipan menutup aurat : Menutup aurat adalah WAJIB kepada setiap muslim dan mendedahkannya adalah HARAM dan BERDOSA berasaskan dalil al-Quran dan al-Hadith, Aurat bukanlah isu remeh tetapi ianya termasuk dalam kategori hukum qati'e don usul

2. Bertudung Mengikut Syariat

  • Pada hari ini ramai yang bertudung tetapi seolah-olah bertelanjang, Apa tidaknya, memakai tudung hanya trend dan fesyen, bertudung tetapi berseluar ketat bertudung baju ketat bertudung tetapi berlengan pendek, bertuctung tetapi memakai skirt singkat, bertudung tetapi berkain belah, bertudung tetapi tidak labuh menutup dada. Inilah fenomena fitnah yang berlaku pada hari ini.

  • Rasulullah saw telah memperingatkan kepada kita sejak 1430 tahun dahulu. Bermaksud "Di akhir zaman akan berlaku di kalangan umatku wanita yang berpakaian seperti telanjang. Atas kepala mereka seperti bonggol unta, laknatlah mereka kerana wanita yang dilaknat".

  • Berasaskan hadis tersebut, nabi sudah menjangka akan berlaku kepada wanita-wanita dari umatNya di akhir zaman nanti, ada yang memakai pakaian tetapi tidak menutup aurat, nipis sehingga menampak kulit, ketat hingga menampak labu punggung, pinggang, bonjolan buah dada, rusuk dan lain-lain, rambut digubah mengikut fesyen semasa sehingga terjadi seperti bonggol unta yakni tinggi membonggok, Mereka dilaknati Allah di dunia dan menjadi penghuni neraka di akhirat kelak.

  • Marilah kita muhasabahkan diri dan ahli keluarga kita supaya menghayati surah al-Nur ayat 31, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka; ( al-Nur 31).

  • Yakni hendaklah mereka melabuhkan tudung kepala mereka hingga menutupi leher dan dada mereka . AI-Juyub dalam ayat di atas adalah kata jama' (plural) bagi kalimah al-Jaib iaitu bulatan atau belahan pada bahagian atas baju yang dibuat untuk memasukkan kepala ketika memakainya (iaitu leher baju).Namun yang dimaksudkan ialah kawasan belahan atau bulatan tersebut pada badan iaitu bawah leher bahagian atas dada di mana kawasan tersebut termasuk dalam aurat yang mesti ditutup maka kerana itu diperintahkan supaya dilabuhkan tudung hingga ke situ.

  • Menurut ulama' ayat ini sekali gus menjadi dalil bahawa dada dan leher perempuan adalah aurat. Tidak harus dilihat oleh ajnabi dan oleh itu tidak harus didedahkan kepadanya.

Halaman: 1  2  3  4  5  6  7  8  9