Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Tok Bali Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Tok Bali

Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Tok Bali 2045

“Portokbali Bandar Pelabuhan Maritim”


Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Tok Bali 2045 (RKK Bandar Tok Bali 2045) adalah merupakan rancangan pemajuan yang disediakan berasaskan kepada peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Penyediaan RKK Bandar Tok Bali diselaraskan dengan Pelan Strategik Pelaksanaan Pelabuhan Tok Bali - Pelan Induk Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali (Tok Bali Integrated Fishery Park) yang sedang disediakan oleh Perbadanan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) serta mengambil kira pembangunan pelabuhan Portokbali. Kawasan RKK Bandar Tok Bali merangkumi keseluruhan kawasan Perbadanan Bandar Tok Bali iaitu seluas 16,812 hektar yang meliputi Mukim Telong (3,589 hektar) dalam Jajahan Bachok (di urustadbir oleh Majlis Daerah Bachok) manakala Mukim Semerak (2,569 hektar), Mukim Gong Kulim (3,652 hektar), Mukim Cherang Ruku (3,819 hektar), Mukim Gong Pachat (1,584 dan Mukim Tasik (1,599 hektar) dalam Jajahan Pasir Puteh (di urustadbir oleh Majlis Daerah Pasir Puteh). 

Strategi perancangan RKK Bandar Tok Bali adalah berlandaskan strategi-strategi pembangunan yang telah dirangka di dalam Rancangan Fizikal Negara (“Special Tourism Zone and Tourism Product”), IADA Semerak-Kemasin dan “Coastal Sea Port”, strategi pembangunan negeri Kelantan (“New Growth Area”), Rancangan Struktur Negeri Kelantan (Pelabuhan Bersepadu dan Pelancongan Pesisir Pantai) dan Draf Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Puteh (Pusat Petempatan Utama, Hub Pembangunan Maritim, Hub Pelancongan dan Zon Pengekalan Padi). Selaras dengan ini, strategi perancangan RKK Bandar Tok Bali adalah seperti berikut:

  • Perancangan gunatanah yang menekankan kepada pembentukan komuniti taqwa dan sejahtera dengan penyediaan kawasan kediaman yang mampan dan lengkap dengan kemudahan bagi memenuhi kehendak masyarakat.
  • Perancangan gunatanah yang menekankan fungsi Bandar Tok Bali sebagai pusat petempatan utama (PPU) yang berperanan sebagai pusat bandar, pusat pelabuhan, pusat pelancongan dan pusat penyelidikan perikanan. Pembangunan pusat bandar Tok Bali digandingkan dengan cadangan Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali di atas tanah milik MARA, PKINK dan Jabatan Perikanan dijangka dapat merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi.

Laman: 1  2