<a href="">MD Bachok Flash Banner"</a>
Pemberitahuan

Perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh semua peniaga pasar malam dan pasar tani dalam kawasan Majlis, iaitu:

  • Semua peniaga hendaklah berhenti urusniaga selama lebih kurang 15 minit apabila tiba waktu solat fardhu maghrib bagi menghormati waktu soalt dan seterusnya menunaikan solat maghrib.
  • Semua peniaga wanita Islam hendaklah berpakaian menutup aurat dan bukan Islam serta lelaki berpakaian sopan pada setiap masa.
  • Semua peniaga dilarang memakai pakaian ketat, nipis dan singkat semasa menjalankan perniagaan.
  • Semua peniaga tidak digalakkan memakai perhiasan diri yang berlebihan seperti memakai gelang atau rantai emas bagi tujuan keselamatan diri.
  • Semua peniaga adalah digalakkan supaya melafazkan akad jual beli semasa urusniaga.
  • Peralatan atau perkakas yang digunakan hendaklah dibawa balik setelah urusniaga tamat.
  • Susunatur gerai, meja atau khemah hendaklah teratur, kemas dan tidak menghalang laluan awam.
  • Semua sampah sarap hendaklah dimasukkan kedalam karung, bag plastik, kotak dan jangan dibiarkan bertaburan diatas tapak jualan. Sila pastikan tapak jualan dibersihkan sebaik sahaja urusniaga tamat.
  • Lesen penjaja hendaklah sentiasa dipamirkan semasa urusniaga.

Sayugia diingatkan sekiranya tuan / puan enggan atau engkar mematuhi perkara-perkara diatas, pihak Majlis akan bertindak untuk mengeluarkan kompaun, menarik balik atau membatalkan lesen perniagaan dan membatalkan hak sewaan tapak / gerai tuan / puan tanpa sebarang notis lagi.